WaktuSolat.My

10 Minit Saja. 3 Cara Saja! Kalau Kita Mahu Segala Kerja Dan Punca Rezeki Kita Ini Mendapat Keberkatan

10 Minit Saja. 3 Cara Saja! Kalau Kita Mahu Segala Kerja Dan Punca Rezeki Kita Ini Mendapat Keberkatan

10 Minit Saja. 3 Cara Saja! Kalau Kita Mahu Segala Kerja Dan Punca Rezeki Kita Ini Mendapat Keberkatan

10 minit saja. 3 cara saja!

Kalau kita mahu segala kerja dan punca rezeki kita ini mendapat keberkatan.

Walau sikit, cukup untuk keluarga.

Walau banyak, boleh memberi pada semua.

Sampai saja tempat kerja, atau sebelum kita memulakan kerja kita.

1. Istighfar

Kita tak mahu memulakan kerja dengan dosa. Dosa semalam, dosa dengan suami, dosa dengan anak isteri, maka lafaz istighfar ini akan membersihkan hati dan melapangkan rezeki.

2. Mesra

Bagi salam. Tanya khabar kawan-kawan sekerja. Ada rezeki lebih belanja kawan sarapan. Hiburkan mereka. Di sinilah nanti, Allah akan pandang kita dan menghiburkan kita pula.

3. Waktu solat

Periksa waktu yang paling berharga ini. Susun kerja supaya tak nak lewat lagi zohor dan asar. Niat nak solat awal waktu. Nak solat jemaah di surau ofis. Kalian lihatlah nanti, kerja kita pun Tuhan atur cantik.

Simple kan?

Inilah yang islam ajarkan pada umatnya dalam bekerja. Tak banyak pun. Cukup 3 ini, sekalipun kita penat kita puas. Sekalipun berat, kita rasa ringan.

Kerana, Allah selalu saja bersama susah dan senang hidup ini.

Selamat bekerja suami isteri yang berjuang sejak dari awal pagi lagi. Di tempat kerja kita berjuang, balik rumah nanti tempat kita bertenang.

Syurgakanlah dunia yang Tuhan beri ini.

Nota: Artikel asal ini ditulis oleh Abu Hurairah Roslan.

Seorang suami, ayah, penulis dan usahawan komputer sepenuh masa.

Abu Hurairah Resources
G24 Ground Floor, Plaza Imbi KL.
Lot 2-018A, 2nd Floor Plaza Low Yat KL.
10.00 pagi – 6.00 petang.
wasap.my/601157511494