WaktuSolat.My

Ada Masalah, Hamparkan Sejadah & Solatlah Dua Rakaat

Ada Masalah, Hamparkan Sejadah & Solatlah Dua Rakaat

Ada Masalah, Hamparkan Sejadah & Solatlah Dua Rakaat

Ada masa,

Saya betul-betul tekanan dengan laptop yang dijual atau dibaiki.

Laptop yang dibaiki, sudah diuji 24 jam sebelum diberi pada pelanggan, tiba-tiba bermasalah kembali.

Laptop yang dijual, malah laptop baru pun bermasalah jika laptop tu mahu menguji.

Ada sekali tu, saya sampai kedai dan nampak sekeluarga sedang memarahi rakan kedai sebelah. Diserang kiri kanan, namun dia tenang saja.

Selesai semua, saya datang dan tanya salim.

"Kenapa you macam rileks saja?"

"Abu, itu laptop kita sudah bikin baik, sudah check suma, kalau mau rosak, apa boleh buat? Dalam waranti baiki saja. Atau dalam sehari boleh return."

Oh begitu.

Maksudnya, kalau sebagai penjual dan pembaiki, kita sudah buat sehabis baik, kalau jadi lagi, nak buat macamana. Benda elektronik, memang sangat berisiko.

"Tapi salim, you kena marah kaw tadi. Aduh."

Salim tepuk belakang saya.

"Allah punya kerja, tak sama macam kita punya kerja. Kita buat saja. Allah kasi. Allah bagi."

Dan,

Setiap kali jumpa dia, mesti dia akan tanya solat ka belum.

Ada masalah, tinggalkan laptop dan komputer, hamparkan sejadah dan solatlah dua rakaat.

Minta Allah selesaikan. Bantu. Setelah kita berusaha yang paling baik.

Benarlah.

Berniaga itu urusannya benar dengan manusia, namun kita berjual beli itu dengan Allah.

Peniagaan adalah ibadah. Kata salim.

Nota: Artikel asal ini ditulis oleh Abu Hurairah Roslan.

Seorang suami, ayah, penulis dan usahawan komputer sepenuh masa.

Abu Hurairah Resources
Lot 2-018A, 2nd Floor Plaza Low Yat KL.
G24 Ground Floor, Plaza Imbi KL.
10.00 pagi – 6.00 petang.
wasap.my/601157511494