WaktuSolat.My

Bila Diuji, Ambillah Masa Ini Untuk Bersama Allah Setiap Hari

Bila Diuji, Ambillah Masa Ini Untuk Bersama Allah Setiap Hari

Bila Diuji, Ambillah Masa Ini Untuk Bersama Allah Setiap Hari

Bila diuji,

Ambillah masa ini untuk bersama Allah setiap hari.

Solat di awal waktu tanda kita mahu Allah selalu dalam hidup kita.

Berzikirlah menyebut nama Allah hingga basah airmata kita.

Bangun dan kuatkan anak-anak untuk hidup seterusnya.

Cari kawan dan rakan yang diuji sama macam kita. Kuatkan mereka juga. InsyaAllah kita juga akan kuat.

Banyakkan sedekah. Hiburkan hati mereka yang susah. Sedekah itu menyuburkan jiwa kita yang sedang sakit ini sebenarnya.

Jumpa ibu dan ayah. Minta ampun dengan mereka. Dosa kita dengan mereka pasti ada.

Di saat kita hidup berumahtangga, samada kita atau suami kita, isteri kita pasti ada menyakiti hati mereka.

Diuji, adalah masa untuk kita kembali pada Allah.

Bukan masa untuk mencari salah dan menuding dosa pada sesiapa.

Itulah ubat penenang jiwa.

Ia ada pada manusia yang pandai menerima apa saja dari Tuhannya.

Nota: Artikel asal ini ditulis oleh Abu Hurairah Roslan.

Seorang suami, ayah, penulis dan usahawan komputer sepenuh masa.

Abu Hurairah Resources
Lot 2-018A, 2nd Floor Plaza Low Yat KL.
G24 Ground Floor, Plaza Imbi KL.
10.00 pagi – 6.00 petang.
wasap.my/601157511494