Guru selalu berpesan,
Selepas solat, duduklah sekejap. Tanya dengan Allah,
"Wahai Tuhan, Engkau terima ke sembahyang aku ni? Aku lalai. Dalam solat tak ingat Engkau. Yang aku ingat tetaplah dunia. Ampunkan aku ya Allah"
Guru berpesan lagi,
Masa sakit hati dengan pasangan, atau sesiapa, duduk sekejap dan selawatlah.
Panggil Rasulullah saw dengan berselawat.
Nanti kita akan rasa seolah-olah nabi itu dekat dengan kita. Seolah-olah kita sedang cakap dengan Nabi,
"Wahai Rasulullah, kekasih Allah. Aku sakit ni. Aku sakit hati dengan suami. Aku sakit hati dengan isteriku. Tolonglah ubati hati ini. Aku penat dengan dunia ini"
InsyaAllah,
Dua perkara ni kalau kita selalu buat, kita akan jadi orang yang mampu tenang, walau hati bergelombang.
Kita akan jadi orang yang sabar, walau menahan marah itu amatlah sukar.
Kita berusaha melalui, walaupun sakitnya Tuhan sahaja yang mengerti.
Itulah cara mahu memulakan hidup dalam menjadi orang yang baik.
Sembahyang dan selawat.
Nota: Artikel asal ini ditulis oleh Abu Hurairah Roslan.
Seorang suami, ayah, penulis dan usahawan komputer sepenuh masa.
Abu Hurairah Resources
Lot 2-018A, 2nd Floor Plaza Low Yat KL.
G24 Ground Floor, Plaza Imbi KL.
10.00 pagi – 6.00 petang.
wasap.my/601157511494