Apabila kita berpagi-pagi, janganlah pula hanya menunggu waktu petang.
Apa maksudnya?
Hari inilah yang akan kita jalani. Bukan masih bercakap dan menyesali apa yang berlaku semalam. Takut apa yang akan datang.
Tak perlu menjemput semua kesedihan, keburukan, pedih dan luka, parut masa lalu yang akan membuatkan hari ini cukup meletihkan dan menyebalkan kita.
Berikan seluruh perhatian, kerja kuat dan semua usaha pada hari ini, bermula pagi ini.
1. Membaiki diri sendiri bermula dengan membaiki kualiti sembahyang. Kalau semalam lewat saja. Hari ni usahakan di awal waktu.
2. Mengajar diri untuk membaca Al-Quran walau sepotong ayat. Basahkan lidah, lalu ia akan mencairkan hati supaya tenang dengan ujian.
3. Banyakkan diam dari banyaknya bercakap dan komen tak tentu hala. Ia akan membaiki diri menjadi hormat pada orang lain dan menjaga lidah dari berkata sia-sia.
4. Sepanjang perjalanan ke tempat kerja, banyakkan istighfar. Kerana kita tidak mahu Allah memberikan rezeki dalam keadaan Allah murka. Namanya istidraj. Kita mahu Allah beri itu dengan rahmat dan kasih sayangNya. Itulah berkat. Di cukupkan.
5. Terimalah rezeki, anak isteri, suami, tugas-tugas, rumah, ilmu, dan apa saja dengan redha. Itu akan membuatkan kita lebih banyak bersyukur dari merungut dan berkeluh kesah saja.
Allah sebut dalam Al-Quran,
"Terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur"
Kalian dan kita semua mahu bahagia kan?
Maka ajarkan diri lima perkara ini.
Allah yang minta.
Nafsu dan syaitan memang tak suka.
Lawanlah keinginan nafsu dengan memenangkan hati dan jiwa bersama Allah setiap masa.
Itulah kita, hamba. Bukan sekadar manusia biasa.
Nota: Artikel asal ini ditulis oleh Abu Hurairah Roslan.
Seorang suami, ayah, penulis dan usahawan komputer sepenuh masa.
Abu Hurairah Resources
G24 Ground Floor, Plaza Imbi KL.
Lot 2-018A, 2nd Floor Plaza Low Yat KL.
10.00 pagi – 6.00 petang.
wasap.my/601157511494