Suami yang sibuk bekerja.
Dengan keluarga tiada masa.
Hanya kerja dan kerja.
Anak isteri dibiarkan buat apa yang mereka suka.
Urusan rumahtangga terabai begitu saja.
Yang penting, duit ada. Soal lain, biasa-biasa. Ibadah lagi la, buat tak tahu sahaja. Ada masa, solatlah. Jika sibuk, Qada kalau masih ada selera.
.
Suami yang sedang bekerja.
Selalu ada masa buat keluarga.
Bila kesibukan melanda, akan telefon atau whatsapp isterinya.
Tanya bagaimana keadaan di sana, dah makan ke belum. Atau jika tidak sempat hubungi mereka, akan lebihkan masa sebelum ke tempat kerja.
Ibadah sangat dijaga. Selalu bersolat jemaah bersama. Anak dan isteri dididik dan dibimbing setiap masa. Soal duit bukan yang utama, jika tiada bersyukur dan terus berusaha.
Memang di dunia kehidupannya sangat penat, kerana hanya di Syurga tempat rehat.
Nota: Artikel asal ini ditulis oleh Abu Hurairah Roslan.
Seorang suami, ayah, penulis dan usahawan komputer sepenuh masa.
Abu Hurairah Resources
Lot 2-018A, 2nd Floor Plaza Low Yat KL.
G24 Ground Floor, Plaza Imbi KL.
10.00 pagi – 6.00 petang.
wasap.my/601157511494