Dah nak zohor, saya terus ke satu surau ni.
Antara sebab saya suka surau ni adalah kerana suraunya sangat bersih dan wangi. Surau Petronas!
Dan,
Saya akan jumpa seorang abang ni. Dia sudah diberhentikan kerja. Syarikatnya lingkup habis. Dia pun kalau zohor suka datang surau ni.
Bila beberapa kami kami terserempak sebab masuk je waktu solat zohor, kami berdua je ada, saya mula sembang-sembang dengannya.
"Selalu ke sini bang?"
"Ha ah. Sebab rumah saya dekat je. Cuma datang sini kot boleh berjemaah"
Ya.
Bangun je awal pagi dia yang uruskan anak-anak. Sebab isteri sebelum subuh dah keluar bekerja.
Selesai anak-anak dia kemas rumah semuanya. Siapkan makanan. Supaya isterinya yang penat balik bertenang-tenang saja.
Malah, baju sekolah dan baju kerja isteri pun abang ni siapkan.
"Sebab abang balik lewat. Kadang 2-3 pagi " menoreh" rezeki kat luar ni"
Allahuakbar. Real!
"Ok kerja bang? Cukup semua?"
"Tak ok. Kadang kecewa juga. Kadang lemah gak. Kadang macam rasa loser pun ada.
Tapi anak-anak nak membesar. Kuat ni sebab isteri selalu lah pesan. Jaga sembahyang. Solat awal waktu"
Dan hari ini saya pun buat benda yang sama.
Solat di awal waktu. Dah nak masuk waktu, kejar supaya dapat solat di atas waktunya.
Bukan sebab hanya nak murah rezeki.
Bukan sebab hanya kerana dah susah dan payah nak menjual sekarang ni.
Bukan kerana apa pun atau itu ini.
Hanyalah kerana pesan abang tadi,
"Supaya kita jaga iman yang entah senipis apa ni. Itu sajalah yang tinggal untuk kita kuat dengan Dia. Hilang yang ni, hancur rumahtangga kita nanti"
Allahuakbar.
Nota: Artikel asal ini ditulis oleh Abu Hurairah Roslan.
Seorang suami, ayah, penulis dan usahawan komputer sepenuh masa.
Abu Hurairah Resources
Lot 2-018A, 2nd Floor Plaza Low Yat KL.
G24 Ground Floor, Plaza Imbi KL.
10.00 pagi – 6.00 petang.
wasap.my/601157511494