WaktuSolat.My

"Sembahyang Jaga Tak? Solat Awal Ke Akhir Waktu?"

"Sembahyang Jaga Tak? Solat Awal Ke Akhir Waktu?"

"Sembahyang Jaga Tak? Solat Awal Ke Akhir Waktu?"

Kadang,

Pening rasa melihat jualan dan servis laptop yang kurang.

Ditambah dengan bebanan komitmen setiap bulan.

Rasa macam ada yang kurang.

Rasa macam tak cukup, malah kena berhutang.

Down.

Seharian memikirkan, saya rasa tak mampu dah nak fikir. Terus saya jumpa mak dan meluahkan semuanya.

Mak soal yang pertama.

"Sembahyang jaga tak? Solat awal ke akhir waktu?"

Saya terdiam kat situ.

"Orang beli laptop tu, ada tak bagi hadiah? Sebagai hiburan pada pembeli? Ada?"

Saya tunduk.

"Satu lagi, pernah tak gunakan nikmat pandai membaiki tu tolong orang? Ke semua benda nak kena bayar juga?"

Saya pandang mak.

Mak cakap dan sebut satu persatu.

"Pertama, jagalah sembahyang mat. Untunglah berjuta sekalipun, sembahyang "out", malu lah kat Allah.

Kedua, bagi free gift. Amat tahulah nak bagi apa kat pelanggan tu. Bagi hadiah kecil-kecil pun takpe.

Ketiga, kadang tu baiki cubalah tak terima bayaran. Lagi-lagi kalau orang tu susah. Kita tahu dia susah. Anak yatim. Orang yang sedang belajar. Bagi je percuma.

InsyaAllah. Rezeki Allah jamin. Segalanya Allah jaga. Allah atur bagi elok. Bagi cantik"

Ya.

Satu persatu saya dengar dan hadam.

Satu persatu saya buat.

Alhamdulilah. Lain benar Allah balas. Cukup sahaja walau tak banyak. Kalau banyak pula, mudah nak bagi pada yang memerlukan.

Kadang, lepas bagi servis percuma, ada duit orang lain bayar.

Kadang lepas bantu anak yatim, orang susah, ibu tunggal, ada sahaja rezeki yang datang dengan pelbagai cara.

Rupanya,

Konsep berkat itu adalah pada memberi dan menebus dosa.

Allahuakhbar.

Nota: Artikel asal ini ditulis oleh Abu Hurairah Roslan.

Seorang suami, ayah, penulis dan usahawan komputer sepenuh masa.

Abu Hurairah Resources
Lot 2-018A, 2nd Floor Plaza Low Yat KL.
G24 Ground Floor, Plaza Imbi KL.
10.00 pagi – 6.00 petang.
wasap.my/601157511494