WaktuSolat.My

Walau Gaduh Setiap Hari, Walau Masih Dalam Diuji, Jangan Lupa Setiap Kali Solat Mendoakan Orang Yang Disayangi

Walau Gaduh Setiap Hari, Walau Masih Dalam Diuji, Jangan Lupa Setiap Kali Solat Mendoakan Orang Yang Disayangi

Walau Gaduh Setiap Hari, Walau Masih Dalam Diuji, Jangan Lupa Setiap Kali Solat Mendoakan Orang Yang Disayangi

Bahagia itu kekal sampai ke hari ni.

Walau gaduh setiap hari, walau masih dalam diuji.

Tapi, setiap kali solat mendoakan orang yang disayangi.

Setiap kali lepas diuji, kita minta Allah kuatkan bersama sebuah hati.

Walau gaduh setengah mati, tapi tanggungjawab tak lupa, buat sehabis daya dan usaha sampai jadi.

Kerana apa?

Kerana berkat.

Kerana usaha.

Kerana sabar.

Semua itu memerlukan masa untuk menjadikan suami dan isteri tu serasi.

Serasi tu bukan sekadar seiring dan sejalan, tapi sering bersama walau dalam nikmat atau ujian.

Rumahtangga kita benar jauh untuk dijadikan contoh apa lagi dijadikan model yang sempurna.

Namun, kita akan berusaha menjadikan rumahtangga ini medan perjuangan untuk kita menjadi yang terbaik dalam kehidupan.

Rumahtangga itu kita yang punya, kita yang rasa.

Sakitnya, pahitnya, manisnya, masamnya.

Semuanya bermakna.

Belajar!
Belajar!

Jangan putus asa.

Semuanya ke syurga.

Nota: Artikel asal ini ditulis oleh Abu Hurairah Roslan.

Seorang suami, ayah, penulis dan usahawan komputer sepenuh masa.

Abu Hurairah Resources
Lot 2-018A, 2nd Floor Plaza Low Yat KL.
G24 Ground Floor, Plaza Imbi KL.
10.00 pagi – 6.00 petang.
wasap.my/601157511494